Thursday, February 12, 2009

Menghalalkan kesalahan diri

Satu hari saya ada bertengkar dengan seorang rakan sekerja. Dia ni seorang penyokong parti pembangkang yang kononnya pro ulamak. Puncanya saya bengang kerana hari hari asyik mengutuk orang itu dan ini. Semua tak betul dan tak baik hanya kerana mereka itu tak sealiran parti.

Saya menyatakan ada seorang kenalan yang selalu bercerita dan memberi tazkirah mengenai Islam, tetapi apabila sampai di lampu isyarat merah mengapa tak berhenti. Toleh kiri kanan terus jalan kerana tak ada polis trafik. Janganlah pandai memberi tazkirah dan menyuruh orang berbuat baik, jika orang buat salah sikit dikutuk dan di burukan orang tu.

Rakan ni jawab tak apa jalan semasa lampu merah jika ada kepentingan baginya, kerana dalam Islam membolihkan berbuat demikian. Dalam Islam ada hukum makruh, sunat wajib dan harus. Dalam kes ni dikira harus. Kalau dlm Islam ada mengatakan harus dia kena ikut kerana dlm kehidupan tak bolih dipisahkan antara tindakan dan hukum Islam, berdosa.

Saya katakan mengapa dia menghalalkan perkara yang dah ternyata salah dlm undang undang lalu lintas untuk kepentingan diri sendiri, mungkin mengakibatan kemalangan kepada orang lain.

Inilah dia sikap yang sangat jelas orang memperalatkan Islam demi untuk dirinya walaupun mungkin mendatangkan kemudaratan besar kepada orang lain. Dia orang ni tak peduli semua tu.

Wednesday, December 17, 2008

Mereka mudah lupa

Saya keluar dari rumah untuk ke pejabat kira kira pukul 7.55 pagi hari ini. Sampai di persimpangan lampu isyarat yang pertama dari rumah saya, berhampiran tapak kerja membina bangunan milik PDRM. Saya berhenti kerana lampu merah. Sebuah motosikal dari laluan kiri bergerak membelok ke kanan, tiba tiba dia tergolek di tengah persimpangan. Saya dengan rasa tanggung jawab terus memberi bantuan menegakkan dan menolak motorsikalnya ke tepi bersama seorang lagi yang yang membantu mangsa bangun, saya lihat berpakaian seperti pakaian seragam anggota FRU PDRM.
Mangsa kemalangan seorang wanita memakai seluar puteh yang saya jangkakan seorang kakitangan kesihatan, mungkin bertugas di klinik desa berhampiran. Nampaknya tidaklah teruk cederanya.
Apa yang saya nak timbulkan disini ialah, mangsa ini terjatuh apabila motorsikalnya tergelincir kerana di persimpangan tersebut banyak lebihan tanah yang terjatuh dari lori yang mengangkut masuk tanah ke tapak kerja milik PDRM tersebut.
Mengapakah pehak yang berkaitan tidak melihat pentingnya laluan yang kotor dek tanah ini dibersihkan sepenuhnya sekerap yang perlu. Pemaju, kontrektor, pehak penguatkuasa dan pihak lain yang berkaitan perlu perihatin. Janganlah setelah kemalangan demi kemalangan berlaku barulah di buka mata, dan menuding jari.

Friday, November 28, 2008

Itulah peribadi mereka

Semalam 28/11/2008 hari Jumaat. 5.40 pagi saya ke masjid untuk solat Subuh berjemaah. Saya menunggang motorsikal, saya lihat ada sebuah kereta menghampiri simpang dihadapan. Kereta ni tak berhenti pun walaupun saya dah hampir. Sepatutnya dia beri laluan kepada saya dulu baru dia keluar dari simpang. Saya lihat nombor pendaftaran kereta tu saya kenal dia jiran dibelakang rumah saya - orang tabligh.
Saya sangat bersyukur kehadrat Allah kerana dapat menunaikan solat Subuh hari Jumaat di masjid kerana imam membaca Surah Sejadah(sujud tilawah). Dengar kata uztaz banyak hikmahnya.
Selesai solat dalam perjalanan balik, menghampiri satu simpang, saya di jalan utama,saya lihat sebuah kenderaan berhenti untuk masuk kekanan manakala sebuah lagi berhenti kerana menanti kenderaan di jalan utama sebelum keluar simpang. Apabila saya hampir sangat kenderaan dihadapan saya mula bergerak untuk masuk kekanan. Membuatkan dia nyaris
melanggar saya. Dia membrek kenderaannya berupa sebuah lori 1 tan. Dia meminta maaf dari tempat duduk pemandu, saya lihat seorang melayu memakai kopiah puteh. Saya memarahinya kerana memandu membahayakan orang lain demi mementingkan diri sendiri.
Pada sebelah petang pula saya memandu setelah keluar dari sebuah pasaraya, sebuah kereta kancil merah keluar dari simpang tanpa berhenti, saya pula terpaksa membrek untuk memberi laluan agar tidakmelanggar kereta nya. Saya ikut untuk melihat pemandunya, dia melajukan keretanya dan menuju ke masjid kerana hampir waktu asar(masjid lain dari perkara diatas)
saya lihat pemandu itu juga memakai kupiah puteh.
Saya beranggapan orang yang memakai kupiah puteh tentu untuk memaparkan imej Islam, yang tentunya bersifat mulia. Tiga peristiwa yang saya alami dan peristiwa lalu membuatkan saya mengubah tanggapan terhadap orang ini.

ITU PERIBADI SEBENAR MEREKA. UNTUK MELINDUNGI NYA MEREKA MEMAKAI KUPIAH SEBAGAI TOPENG. ORANG SEBEGINI SANGAT RAMAI KITA JUMPA SETIAP HARI.

Saturday, August 9, 2008

IBU PERGI BUAT SELAMANYA


AL FATIHAH...


Pada hari khamis bersamaan 24/07/2008 ibu saya, SAANI BINTI JANOR telah kembali ke Rahmatullah pada usia 77 tahun.(lahir tahun 1931 dlm kad pengenalan.)
Ibu berada dalam keadaan uzur sebenarnya telah lama juga, pada awalnya kakinya selalu bengkak, sakit untuk berjalan. Pada tahun 2006 saya membawa ibu untuk mendapatkan rawatan di klinik Kerajaan Seremban Jalan Rasah. Sejak itu pihak klinik menetapkan rawatan susulan untuk pemeriksaan darah dan berkala. Penyakit ibu yang dinyatakan olih doktor ialah lemah jantung dan lemah buah pinggang sebab itu lah air banyak dlm badan menyebabkan kakinya bengkak.
Setiap kali rawatan diberi sekali ubat darah tinggi, jadi saya bertanyakan anggota yang bertugas di kaunter ubat mengapa di beri ubat darah tinggi sedangkan doktor menyatakan ibu saya tiada darah tinggi. Di perjelaskan olihnya apabila ibu saya makan ubat untuk jantung dan ubat untuk menguatkan buah pinggang darah akan jadi pekat, untuk mengurangkan kepekatan darah yang mungkin akan memudaratkan jadi terpaksa makan ubat darah tinggi.
Pada hari Jumaat 18/07/2008 saya menalifon kakak di Felda Bkt Rokan menyatakan keadaan ibu yang semakin longlai/lemah. Kakak meminta saya membawa ibu kerumahnya. Jadi saya terus bersiap bersama isteri dan anak membawa ibu ke rumah kakak. Sampai disana pukul enam lebih.
Pada hari ahad 20/07/2008 malam selepas magrib dibacakan surah Yasin olih jemaah surau disana.
Keadaan ibu masih dlm keadaan sedar dan tidak, mau juga dia saya suapkan bubur dan air. Saya juga meminta ampun dari nya ,nampaknya dia faham apa yang saya kata melalui reaksinya.
Pada hari khamis 24/07/2008 pukul 2.30 ptg saya menerima panggilan fon dari anak saudara di KL(Norliza) menyatakan ibu telah meninggal dunia. Kami sekeluarga bergegas ke rumah kakak di Bkt Rokan. Sebelum itu saya mengambil anak yang bersekolah petang di SMK Warisan Puteri, juga meminta anak yang belajar di UiTM Lendu tunggu di Tampin untuk bersama ke Bkt Rokan.
Kami sampai lebih kurang pukul 5.00ptg. Sempat saya baca surah Yasin sekali sebelum jenazah di mandi dan dikafankan. Saya dan dua anak lelaki bersama penduduk sana memikul keranda dan anak mengikut kereta jenazah ke tanah perkuburan. Saya berkereta sendiri kesana. Jenazah diturunkan keliang lahad sewaktu azan maghrib malam jumaat berkumandang dari surau dan masjid berhampiran. Saya dibahagian tengah anak saya Mohd Fadhli di bahagian kaki manakala di bahagian kepala seorang pakcik memberi khidmat, jenazah diturunkan ke liang lahad, ditutup dengan papan dan seterusnya dikambus sehingga selesai. Hisyamuddin membantu kerja mengambus tanah. Fadhli dan Hisyamuddin masih berpakaian sekolah.
Dikala itu barulah abang saya dan anaknya Ayi sampai, serta Ija dan saudara dari Ulu Langat. Talkin dan tahlil dibaca olih imam di akhiri dengan doa.
Saya sangat terharu dan bersyukur dengan bantuan berkaitan pengurusan jenazah olih pihak jiran dan ahli kariah Bukit Rokan. Terima kasih banyak banyak, hanya Allah saja akan membalas jasa baik tuan tuan semua.
Pada 25/07/2008 selepas maghrib diadakan majlis tahlil untuk arwah ibu di rumah kakak. Saya balik ke Bkt Jalur pukul 10.00 malam. Pukul 9.00 pagi esoknya kami bertolak balik ke Seremban.
Pada hari ahad 3/08/2008 selepas maghrib saya mengadakan majlis kenduri tahlil untuk arwah ibu, ayah dan ayah mertua. Juga saya upah mengaji untuk arwah ibu dan ayah. Kehadiran jiran tetangga sungguh menggalakan, juga kehadiran ipar duai. Cuma saya terkilan sikap saudara saya sendiri, anak saudara saya yang dipelihara olih ibu saya semasa kecilnya tidak hadir walaupun saya pergi mengajak di rumahnya di Nilai. Padahal ipar dan biras saya dari jauh (KL dan Serting Hilir) pun bolih sampai.
Masih saya teringat dan terbayang setiap pagi saya mengurus ibu untuk ketandas dan mandi. Walaupun saya buat dengan baik tapi adakala nya saya terkasar. Ampunkan saya ibu. Masa tidak akan berulang kembali. Ampunkan saya ya Allah.

AL FATIHAH.