Wednesday, November 21, 2007

Pengawal Keselamatan

Pukul 9 malam ini dalam slot 360 TV3, dipaparkan tentang warga asing yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. Perkara yang dipaparkan adalah bertepatan dengan peristiwa semasa.
Kebetulan petang tadi saya pergi kesebuah pasaraya besar, disini terdapat perniagaan yang menyediakan pengawal keselamatan untuk menjaga perniagaannya. Saya lihat seorang pengawal keselamatan sebuah kedai emas yang bersenjata pump gun membawa bersamanya senjata tersebut ke satu gerai minuman untuk membeli teh tarik. Dengan senjata api dibahu kanan, teh tarik ditangan kiri, manakala tangan kanan memegang hand fon. Adakah telatah si pengawal ini tidak mendatangkan bahaya kepada kyalayak ramai, kerana pernah terjadi senjata pengawal di satu pusat belibelah meletup secara tak sengaja mengenai orang awam.
JUGA SAYA TERTANYA JUGA ADAKAH UNDANG UNDANG MEMBENARKAN PENGAWAL KESELAMATAN BERSENJATA API KELUAR DARI PREMIS KERJANYA DENGAN MEMBAWA SENJATA API DAN MEMBAWANYA DENGAN TANGAN YANG SARAT DENGAN BARANG LAIN. ADAKAH INI CARA YANG BAIK DAN SELAMAT UNTUK ORANG AWAM.

Harga naik

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Afdal menyatakan harga tepung gandum tidak akan dinaikkan.
Persoalannya sekarang bagi pengguna ialah harga roti telah naik antara 20 sen dan 30 sen. Apakah maknanya semua ini, apa tindakan menteri berkenaan. Menteri dan kemeterian berkenaan perlulah proaktif dalam tindakan untuk rakyat.

Sunday, November 18, 2007

Penilaian

Dalam MHI TV3 kelmarin, Tn Hj Zahzan menyatakan hendaklah kita menghargai apa yang ada di sekeliling dan berhampiran kita. Contohnya isteri kita , anak anak kita dan keluarga kita. Juga harta benda hasil titik peluh kita yang tak seberapa nilainya, walaupun ada kekurangan tapi itu adalah anugerah untuk kita yang ada kebaikan yang kita kurang ambil perhatian.

Kakitangan awam

Dalan akhbar Utusan Malaysia kelmarin, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Hj Muhamad Hj Hasan menyatakan Kakitangan awam sesuai berkhidmat dalam sesuatu jabatan selama 4 tahun sahaja. Lepas itu perlu berhijrah ke jabatan lain untuk mengekalkan prestasi kerja yang baik, tidak tidur.
Saya setuju betul kerana dari pengalaman saya berurusan dengan jabatan kerajaan di NS bukan anggota sahaja tetapi juga pegawai kanan jabatan tersebut. Saya pernah membuat aduan tentang perkhidmatan Jabatan Bekalan Air NS (JBANS). Aduan dibuat telah lebih setahun dari anggota secara peribadi, dengan pegawai kanan melaui telefon , melaui kaunter aduan, juga aduan bertulis kepada pengarah JBANS melaui POS LAJU. Semua tidak ada tindakan diambil. Akhir sekali saya buat aduan ke UNIT PENGADUAN AWAM NS dibawah pejabat Setia Usaha Kerajaan Negeri, semuanya tidak ada kesudahan, apa dah jadi, beku semuanya.
Semua ini kerana anggota dan pegawai awam ni dah terlalu seronok tidur.

Friday, November 2, 2007

Rumah terbuka

Petang ni telah diadakan rumah terbuka ditempat kerja kami atau Majlis sambutan Hariraya Aidilfitri. Menarik dengan berpakaian hariraya, baju melayu/batik. Rakan dari semua unit di bangunan ini hadir sama.

SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI 1428H.