Pukul 9 malam ini dalam slot 360 TV3, dipaparkan tentang warga asing yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. Perkara yang dipaparkan adalah bertepatan dengan peristiwa semasa.
Kebetulan petang tadi saya pergi kesebuah pasaraya besar, disini terdapat perniagaan yang menyediakan pengawal keselamatan untuk menjaga perniagaannya. Saya lihat seorang pengawal keselamatan sebuah kedai emas yang bersenjata pump gun membawa bersamanya senjata tersebut ke satu gerai minuman untuk membeli teh tarik. Dengan senjata api dibahu kanan, teh tarik ditangan kiri, manakala tangan kanan memegang hand fon. Adakah telatah si pengawal ini tidak mendatangkan bahaya kepada kyalayak ramai, kerana pernah terjadi senjata pengawal di satu pusat belibelah meletup secara tak sengaja mengenai orang awam.
JUGA SAYA TERTANYA JUGA ADAKAH UNDANG UNDANG MEMBENARKAN PENGAWAL KESELAMATAN BERSENJATA API KELUAR DARI PREMIS KERJANYA DENGAN MEMBAWA SENJATA API DAN MEMBAWANYA DENGAN TANGAN YANG SARAT DENGAN BARANG LAIN. ADAKAH INI CARA YANG BAIK DAN SELAMAT UNTUK ORANG AWAM.
BAHAYA MENANTI....
7 years ago