Wednesday, December 17, 2008

Mereka mudah lupa

Saya keluar dari rumah untuk ke pejabat kira kira pukul 7.55 pagi hari ini. Sampai di persimpangan lampu isyarat yang pertama dari rumah saya, berhampiran tapak kerja membina bangunan milik PDRM. Saya berhenti kerana lampu merah. Sebuah motosikal dari laluan kiri bergerak membelok ke kanan, tiba tiba dia tergolek di tengah persimpangan. Saya dengan rasa tanggung jawab terus memberi bantuan menegakkan dan menolak motorsikalnya ke tepi bersama seorang lagi yang yang membantu mangsa bangun, saya lihat berpakaian seperti pakaian seragam anggota FRU PDRM.
Mangsa kemalangan seorang wanita memakai seluar puteh yang saya jangkakan seorang kakitangan kesihatan, mungkin bertugas di klinik desa berhampiran. Nampaknya tidaklah teruk cederanya.
Apa yang saya nak timbulkan disini ialah, mangsa ini terjatuh apabila motorsikalnya tergelincir kerana di persimpangan tersebut banyak lebihan tanah yang terjatuh dari lori yang mengangkut masuk tanah ke tapak kerja milik PDRM tersebut.
Mengapakah pehak yang berkaitan tidak melihat pentingnya laluan yang kotor dek tanah ini dibersihkan sepenuhnya sekerap yang perlu. Pemaju, kontrektor, pehak penguatkuasa dan pihak lain yang berkaitan perlu perihatin. Janganlah setelah kemalangan demi kemalangan berlaku barulah di buka mata, dan menuding jari.

Friday, November 28, 2008

Itulah peribadi mereka

Semalam 28/11/2008 hari Jumaat. 5.40 pagi saya ke masjid untuk solat Subuh berjemaah. Saya menunggang motorsikal, saya lihat ada sebuah kereta menghampiri simpang dihadapan. Kereta ni tak berhenti pun walaupun saya dah hampir. Sepatutnya dia beri laluan kepada saya dulu baru dia keluar dari simpang. Saya lihat nombor pendaftaran kereta tu saya kenal dia jiran dibelakang rumah saya - orang tabligh.
Saya sangat bersyukur kehadrat Allah kerana dapat menunaikan solat Subuh hari Jumaat di masjid kerana imam membaca Surah Sejadah(sujud tilawah). Dengar kata uztaz banyak hikmahnya.
Selesai solat dalam perjalanan balik, menghampiri satu simpang, saya di jalan utama,saya lihat sebuah kenderaan berhenti untuk masuk kekanan manakala sebuah lagi berhenti kerana menanti kenderaan di jalan utama sebelum keluar simpang. Apabila saya hampir sangat kenderaan dihadapan saya mula bergerak untuk masuk kekanan. Membuatkan dia nyaris
melanggar saya. Dia membrek kenderaannya berupa sebuah lori 1 tan. Dia meminta maaf dari tempat duduk pemandu, saya lihat seorang melayu memakai kopiah puteh. Saya memarahinya kerana memandu membahayakan orang lain demi mementingkan diri sendiri.
Pada sebelah petang pula saya memandu setelah keluar dari sebuah pasaraya, sebuah kereta kancil merah keluar dari simpang tanpa berhenti, saya pula terpaksa membrek untuk memberi laluan agar tidakmelanggar kereta nya. Saya ikut untuk melihat pemandunya, dia melajukan keretanya dan menuju ke masjid kerana hampir waktu asar(masjid lain dari perkara diatas)
saya lihat pemandu itu juga memakai kupiah puteh.
Saya beranggapan orang yang memakai kupiah puteh tentu untuk memaparkan imej Islam, yang tentunya bersifat mulia. Tiga peristiwa yang saya alami dan peristiwa lalu membuatkan saya mengubah tanggapan terhadap orang ini.

ITU PERIBADI SEBENAR MEREKA. UNTUK MELINDUNGI NYA MEREKA MEMAKAI KUPIAH SEBAGAI TOPENG. ORANG SEBEGINI SANGAT RAMAI KITA JUMPA SETIAP HARI.

Saturday, August 9, 2008

IBU PERGI BUAT SELAMANYA


AL FATIHAH...


Pada hari khamis bersamaan 24/07/2008 ibu saya, SAANI BINTI JANOR telah kembali ke Rahmatullah pada usia 77 tahun.(lahir tahun 1931 dlm kad pengenalan.)
Ibu berada dalam keadaan uzur sebenarnya telah lama juga, pada awalnya kakinya selalu bengkak, sakit untuk berjalan. Pada tahun 2006 saya membawa ibu untuk mendapatkan rawatan di klinik Kerajaan Seremban Jalan Rasah. Sejak itu pihak klinik menetapkan rawatan susulan untuk pemeriksaan darah dan berkala. Penyakit ibu yang dinyatakan olih doktor ialah lemah jantung dan lemah buah pinggang sebab itu lah air banyak dlm badan menyebabkan kakinya bengkak.
Setiap kali rawatan diberi sekali ubat darah tinggi, jadi saya bertanyakan anggota yang bertugas di kaunter ubat mengapa di beri ubat darah tinggi sedangkan doktor menyatakan ibu saya tiada darah tinggi. Di perjelaskan olihnya apabila ibu saya makan ubat untuk jantung dan ubat untuk menguatkan buah pinggang darah akan jadi pekat, untuk mengurangkan kepekatan darah yang mungkin akan memudaratkan jadi terpaksa makan ubat darah tinggi.
Pada hari Jumaat 18/07/2008 saya menalifon kakak di Felda Bkt Rokan menyatakan keadaan ibu yang semakin longlai/lemah. Kakak meminta saya membawa ibu kerumahnya. Jadi saya terus bersiap bersama isteri dan anak membawa ibu ke rumah kakak. Sampai disana pukul enam lebih.
Pada hari ahad 20/07/2008 malam selepas magrib dibacakan surah Yasin olih jemaah surau disana.
Keadaan ibu masih dlm keadaan sedar dan tidak, mau juga dia saya suapkan bubur dan air. Saya juga meminta ampun dari nya ,nampaknya dia faham apa yang saya kata melalui reaksinya.
Pada hari khamis 24/07/2008 pukul 2.30 ptg saya menerima panggilan fon dari anak saudara di KL(Norliza) menyatakan ibu telah meninggal dunia. Kami sekeluarga bergegas ke rumah kakak di Bkt Rokan. Sebelum itu saya mengambil anak yang bersekolah petang di SMK Warisan Puteri, juga meminta anak yang belajar di UiTM Lendu tunggu di Tampin untuk bersama ke Bkt Rokan.
Kami sampai lebih kurang pukul 5.00ptg. Sempat saya baca surah Yasin sekali sebelum jenazah di mandi dan dikafankan. Saya dan dua anak lelaki bersama penduduk sana memikul keranda dan anak mengikut kereta jenazah ke tanah perkuburan. Saya berkereta sendiri kesana. Jenazah diturunkan keliang lahad sewaktu azan maghrib malam jumaat berkumandang dari surau dan masjid berhampiran. Saya dibahagian tengah anak saya Mohd Fadhli di bahagian kaki manakala di bahagian kepala seorang pakcik memberi khidmat, jenazah diturunkan ke liang lahad, ditutup dengan papan dan seterusnya dikambus sehingga selesai. Hisyamuddin membantu kerja mengambus tanah. Fadhli dan Hisyamuddin masih berpakaian sekolah.
Dikala itu barulah abang saya dan anaknya Ayi sampai, serta Ija dan saudara dari Ulu Langat. Talkin dan tahlil dibaca olih imam di akhiri dengan doa.
Saya sangat terharu dan bersyukur dengan bantuan berkaitan pengurusan jenazah olih pihak jiran dan ahli kariah Bukit Rokan. Terima kasih banyak banyak, hanya Allah saja akan membalas jasa baik tuan tuan semua.
Pada 25/07/2008 selepas maghrib diadakan majlis tahlil untuk arwah ibu di rumah kakak. Saya balik ke Bkt Jalur pukul 10.00 malam. Pukul 9.00 pagi esoknya kami bertolak balik ke Seremban.
Pada hari ahad 3/08/2008 selepas maghrib saya mengadakan majlis kenduri tahlil untuk arwah ibu, ayah dan ayah mertua. Juga saya upah mengaji untuk arwah ibu dan ayah. Kehadiran jiran tetangga sungguh menggalakan, juga kehadiran ipar duai. Cuma saya terkilan sikap saudara saya sendiri, anak saudara saya yang dipelihara olih ibu saya semasa kecilnya tidak hadir walaupun saya pergi mengajak di rumahnya di Nilai. Padahal ipar dan biras saya dari jauh (KL dan Serting Hilir) pun bolih sampai.
Masih saya teringat dan terbayang setiap pagi saya mengurus ibu untuk ketandas dan mandi. Walaupun saya buat dengan baik tapi adakala nya saya terkasar. Ampunkan saya ibu. Masa tidak akan berulang kembali. Ampunkan saya ya Allah.

AL FATIHAH.

Monday, May 26, 2008

Disiplin diri

Pagi ahad 25/05/2008 pukul 7.00 pagi saya dan isteri pergi berjoging untuk jaga kesihatan sebelum ke pasar. Saya meletakan kereta di tempat letak kereta awam hutan rekreasi MPS Seremban. Dikala itu ada ada beberapa kenderaan diletakkan disana.
Setelah lebihkurang empat puluh lima minit berlari mengelilingi Taman Tasik Seremban saya kembali ke tempat letak kereta. Saya dapati di sana penuh dengan anak anak munkin dalam sekolah peringkat menengah sedang di beri penerangan mengenai sesuatu perkara yang saya lihat bersemangat sekali jurulatihnya. Munkin ahli pasukan uniform sekolah, mereka cuma memakai t-shirt dan seluar trek. Tak tau pasukan apa. Saya terus sahaja menghidupkan enjin kereta untuk beredar, saya hairan anak anak tersebut tidak memberi laluan untuk saya keluar malahan jurulatihnya juga tidak mengajar anak anak ini menghormati orang lain dengan memberi laluan. Ini kerana mereka telah berbaris di tempat letak kereta awam yang tiada notis di tutup untuk kegunaan mereka.
Akhirnya saya terpaksa membunyikan hon, barulah anak anak ini memberikan laluan. Jurulatih berkenaan masih tidak mempedulikan apa yang berlaku.

Begini kah sikap seorang yang memimpin satu pasukan uniform. Mengapa tidak ditunjukan kepada anak anak ini sikap berdisiplin disamping menghormati hak orang lain. Apa yang berlaku ini menunjukan jurulath ini tidak memiliki sifat yang perlu ada untuk dicontohi. Serupalah seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul.

Wednesday, May 7, 2008

Nak kerja ke tak

Kelmarin saya membeli beras gred siam special 10 kg berharga RM28.90. Harga sebelum krisis kekurangan bekalan beras ialah sekitar RM17.50 -RM19.50 saja. Kenaikan RM10.00.
Saya beli beras impot (siam) kerana tiada beras tempatan dijual di pasaraya tersebut.

Kita dengar kata menteri bertanggung jawab kpd pengguna, kementeriannya tidak menerima lapuran tentang ketiadaan bekalan beras tempatan dan kenaikan harga beras.
Saya tertanya tanya adakah menteri ini dan kakitangan penguatkuasa kementerian tersebut tinggal dan membeli keperluan beras ditempat lain dari tempat rakyat Malaysia membeli belah.
Atau mereka ini dibekalkan keperluan harian terus kerumah dengan harga istimewa.

Wednesday, April 23, 2008

Kemaruk

Menteri penerangan Dato' Ahmad Shaberi Chik menganggap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kemaruk kuasa kerana menghalau Selangor FM dari beroperasi di bangunan sekarang kerana tidak memberi kerjasama kepada kerajaan Selangor.

Menteri Besar Perak, Ir Mohd Nizar telah di kurniakan gelaran Dato' Seri sempena ulangtahun keputeraan Sultan Perak. Baru sebulan menjadi menteri besar, apa jasa yang telah di berikan kepada rakyat atau negeri Perak yang melayak kan dia menerima kurniaan ini. Contohi Tun Ghaffar Baba yang tidak kemaruk gelaran walaupun jasanya yang sungguh besar.

Friday, April 4, 2008

POLITIK SEMASA

Hari ini 5/04/2008 hari sabtu , tak pergi kerja. Lama dah saya tak berkesempatan nak tambah coretan dlm blog saya ini. Sejak January kerja di pejabat berganda ganda, nak layar internet tak ada kesempatan.

Cerita politik semasa belum reda baik di radio, tv , akhbar dan perbualan. Saya pun selalu terima email dari anwaribrahim.com. Entah siapa yang berikan alamat email saya. Apapun kita sentiasa berfikiran terbuka. Pehak pembangkang kita dengar, pehak kerajaan pun kita ambil perhatian.

Apa yang penting kepentingan kita orang islam, anak melayu dan bumiputra tidak terhakis olih situasi politik yang sungguh membimbangkan ini.

Jangan menang sorak , kampung tergadai.