Wednesday, December 17, 2008

Mereka mudah lupa

Saya keluar dari rumah untuk ke pejabat kira kira pukul 7.55 pagi hari ini. Sampai di persimpangan lampu isyarat yang pertama dari rumah saya, berhampiran tapak kerja membina bangunan milik PDRM. Saya berhenti kerana lampu merah. Sebuah motosikal dari laluan kiri bergerak membelok ke kanan, tiba tiba dia tergolek di tengah persimpangan. Saya dengan rasa tanggung jawab terus memberi bantuan menegakkan dan menolak motorsikalnya ke tepi bersama seorang lagi yang yang membantu mangsa bangun, saya lihat berpakaian seperti pakaian seragam anggota FRU PDRM.
Mangsa kemalangan seorang wanita memakai seluar puteh yang saya jangkakan seorang kakitangan kesihatan, mungkin bertugas di klinik desa berhampiran. Nampaknya tidaklah teruk cederanya.
Apa yang saya nak timbulkan disini ialah, mangsa ini terjatuh apabila motorsikalnya tergelincir kerana di persimpangan tersebut banyak lebihan tanah yang terjatuh dari lori yang mengangkut masuk tanah ke tapak kerja milik PDRM tersebut.
Mengapakah pehak yang berkaitan tidak melihat pentingnya laluan yang kotor dek tanah ini dibersihkan sepenuhnya sekerap yang perlu. Pemaju, kontrektor, pehak penguatkuasa dan pihak lain yang berkaitan perlu perihatin. Janganlah setelah kemalangan demi kemalangan berlaku barulah di buka mata, dan menuding jari.