Saturday, August 9, 2008

IBU PERGI BUAT SELAMANYA


AL FATIHAH...


Pada hari khamis bersamaan 24/07/2008 ibu saya, SAANI BINTI JANOR telah kembali ke Rahmatullah pada usia 77 tahun.(lahir tahun 1931 dlm kad pengenalan.)
Ibu berada dalam keadaan uzur sebenarnya telah lama juga, pada awalnya kakinya selalu bengkak, sakit untuk berjalan. Pada tahun 2006 saya membawa ibu untuk mendapatkan rawatan di klinik Kerajaan Seremban Jalan Rasah. Sejak itu pihak klinik menetapkan rawatan susulan untuk pemeriksaan darah dan berkala. Penyakit ibu yang dinyatakan olih doktor ialah lemah jantung dan lemah buah pinggang sebab itu lah air banyak dlm badan menyebabkan kakinya bengkak.
Setiap kali rawatan diberi sekali ubat darah tinggi, jadi saya bertanyakan anggota yang bertugas di kaunter ubat mengapa di beri ubat darah tinggi sedangkan doktor menyatakan ibu saya tiada darah tinggi. Di perjelaskan olihnya apabila ibu saya makan ubat untuk jantung dan ubat untuk menguatkan buah pinggang darah akan jadi pekat, untuk mengurangkan kepekatan darah yang mungkin akan memudaratkan jadi terpaksa makan ubat darah tinggi.
Pada hari Jumaat 18/07/2008 saya menalifon kakak di Felda Bkt Rokan menyatakan keadaan ibu yang semakin longlai/lemah. Kakak meminta saya membawa ibu kerumahnya. Jadi saya terus bersiap bersama isteri dan anak membawa ibu ke rumah kakak. Sampai disana pukul enam lebih.
Pada hari ahad 20/07/2008 malam selepas magrib dibacakan surah Yasin olih jemaah surau disana.
Keadaan ibu masih dlm keadaan sedar dan tidak, mau juga dia saya suapkan bubur dan air. Saya juga meminta ampun dari nya ,nampaknya dia faham apa yang saya kata melalui reaksinya.
Pada hari khamis 24/07/2008 pukul 2.30 ptg saya menerima panggilan fon dari anak saudara di KL(Norliza) menyatakan ibu telah meninggal dunia. Kami sekeluarga bergegas ke rumah kakak di Bkt Rokan. Sebelum itu saya mengambil anak yang bersekolah petang di SMK Warisan Puteri, juga meminta anak yang belajar di UiTM Lendu tunggu di Tampin untuk bersama ke Bkt Rokan.
Kami sampai lebih kurang pukul 5.00ptg. Sempat saya baca surah Yasin sekali sebelum jenazah di mandi dan dikafankan. Saya dan dua anak lelaki bersama penduduk sana memikul keranda dan anak mengikut kereta jenazah ke tanah perkuburan. Saya berkereta sendiri kesana. Jenazah diturunkan keliang lahad sewaktu azan maghrib malam jumaat berkumandang dari surau dan masjid berhampiran. Saya dibahagian tengah anak saya Mohd Fadhli di bahagian kaki manakala di bahagian kepala seorang pakcik memberi khidmat, jenazah diturunkan ke liang lahad, ditutup dengan papan dan seterusnya dikambus sehingga selesai. Hisyamuddin membantu kerja mengambus tanah. Fadhli dan Hisyamuddin masih berpakaian sekolah.
Dikala itu barulah abang saya dan anaknya Ayi sampai, serta Ija dan saudara dari Ulu Langat. Talkin dan tahlil dibaca olih imam di akhiri dengan doa.
Saya sangat terharu dan bersyukur dengan bantuan berkaitan pengurusan jenazah olih pihak jiran dan ahli kariah Bukit Rokan. Terima kasih banyak banyak, hanya Allah saja akan membalas jasa baik tuan tuan semua.
Pada 25/07/2008 selepas maghrib diadakan majlis tahlil untuk arwah ibu di rumah kakak. Saya balik ke Bkt Jalur pukul 10.00 malam. Pukul 9.00 pagi esoknya kami bertolak balik ke Seremban.
Pada hari ahad 3/08/2008 selepas maghrib saya mengadakan majlis kenduri tahlil untuk arwah ibu, ayah dan ayah mertua. Juga saya upah mengaji untuk arwah ibu dan ayah. Kehadiran jiran tetangga sungguh menggalakan, juga kehadiran ipar duai. Cuma saya terkilan sikap saudara saya sendiri, anak saudara saya yang dipelihara olih ibu saya semasa kecilnya tidak hadir walaupun saya pergi mengajak di rumahnya di Nilai. Padahal ipar dan biras saya dari jauh (KL dan Serting Hilir) pun bolih sampai.
Masih saya teringat dan terbayang setiap pagi saya mengurus ibu untuk ketandas dan mandi. Walaupun saya buat dengan baik tapi adakala nya saya terkasar. Ampunkan saya ibu. Masa tidak akan berulang kembali. Ampunkan saya ya Allah.

AL FATIHAH.