Dalan akhbar Utusan Malaysia kelmarin, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Hj Muhamad Hj Hasan menyatakan Kakitangan awam sesuai berkhidmat dalam sesuatu jabatan selama 4 tahun sahaja. Lepas itu perlu berhijrah ke jabatan lain untuk mengekalkan prestasi kerja yang baik, tidak tidur.
Saya setuju betul kerana dari pengalaman saya berurusan dengan jabatan kerajaan di NS bukan anggota sahaja tetapi juga pegawai kanan jabatan tersebut. Saya pernah membuat aduan tentang perkhidmatan Jabatan Bekalan Air NS (JBANS). Aduan dibuat telah lebih setahun dari anggota secara peribadi, dengan pegawai kanan melaui telefon , melaui kaunter aduan, juga aduan bertulis kepada pengarah JBANS melaui POS LAJU. Semua tidak ada tindakan diambil. Akhir sekali saya buat aduan ke UNIT PENGADUAN AWAM NS dibawah pejabat Setia Usaha Kerajaan Negeri, semuanya tidak ada kesudahan, apa dah jadi, beku semuanya.
Semua ini kerana anggota dan pegawai awam ni dah terlalu seronok tidur.
BUAH POHON SYURGA
8 years ago
No comments:
Post a Comment